Profil Muslima Clothing
Nama Peiagaan
Inspirasi Alwani Enterprise : AS0324223-W
Informasi
MuslimaClothing.com bermula sebagai peiagaan online sampingan ketika pemilik masih bertungkus-lumus dalam bidang pengajian. Pada peringkat awal sekitar Julai 2008, kami menggunakan platform lain yang lebih bersesuaian dengan peringkat mahu mula bertatih dalam dunia peiagaan inteet. Namun kini, alhamdulillah setelah lebih setahun, peiagaan ini dapat bertahan malah semakin berkembang dan kami berharap agar dapat menjadi salah satu peneraju pada satu hari nanti.
MuslimaClothing.com menawarkan pelbagai pakaian untuk wanita seperti blaus, t shirt labuh, skirt dan juga aksesori seperti kerongsang. Produk MuslimaClothing dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua wanita. Pakaian yang aksesori yang dijual sesuai dipakai sama ada ke pejabat, santai, atau di rumah. Produk-produk kami hanya boleh didapati melalui laman MuslimaClothing.com memandangkan kami menggunakan konsep peiagaan online sepenuhnya.
Kami sudah berjaya menjual dan menerima tempahan dari seluruh pelusuk dunia e.g. Eropah seperti Jerman, Austria, Switzerland, Holland, UK, Ireland, Italy dan Asia Tengah seperti Emirates.
Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu menjana ekonomi ummah.
